PENGUNDI

SENARAI MUAT TURUN

3. PENGUNDI POS


Siapa Layak Mengundi?

Sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, mana-mana warganegara yang namanya telah disenaraikan dalam Daftar Pemilih Induk atau Daftar Pemilih Tambahan adalah layak untuk mengundi.

Jenis Pengundi

1. Pengundi Biasa Pengundi biasa adalah warganegara yang perlu hadir sendiri ke Pusat Mengundi untuk mengundi.

2. Pengundi Pos Pengundi pos adalah golongan yang dinyatakan dalam Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 dan mereka mengundi secara pos tanpa hadir sendiri di Pusat Mengundi.

3. Pengundi Tidak Hadir Golongan warganegara yang dinyatakan oleh Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan 2 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Mereka mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir dan dibenarkan mengundi secara pos sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

4. Pengundi awal Pengundi awal adalah golongan yang dibenarkan mengundi lebih awal daripada hari pengundian biasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan ..... Mereka akan mengundi pada hari yang ditetapkan oleh SPR di Pusat Mengundi yang ditetapkan.

Semakan

Pemilih yang berdaftar dengan SPR boleh membuat semakan dalam Laman Web SPR di alamat www.spr.gov.my, atau menghubungi Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8885 6500) atau Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui SMS yang dibuka semasa musim pilihan raya.

Masa Mengundi

Pada hari pengundian, masa untuk mengundi bagi kebanyakan Tempat Mengundi ialah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman, SPR menetapkan supaya tempat-tempat mengundi terbabit dibuka lewat dan ditutup lebih awal mengikut masa yang diumumkan oleh SPR

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Dokumen yang diperlukan ialah Kad Pengenalan sama ada My Kad atau Kad Pengenalan lama sama ada KPT atau Kad Pengenalan Plastik Biru. Jika kehilangan Kad Pengenalan, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah :

Pasport Malaysia Terhad
Pasport Malaysia
Lesen Memandu yang bergambar
Kad Rasmi Pengenalan Diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar pemegangnya.

Adakah perlu menyemak semula di barung SPR?

Pada hari pengundian, pemilih yang telah mengetahui nombor saluran tempat mengundi tidak perlu berbaris di barung untuk menyemak nombor salurannya. Beliau hendaklah terus ke saluran yang berkenaan dan menunggu gilirannya untuk mengundi.

 

IKLAN

MULTIMEDIA

vid01 Video latihan KTM vid02 Video latihan PPM Video Undi Pos

Video wawancara Tan Sri Video wawancara Datuk Wira Video Iklan

PAUTAN

SPR SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA KLN KEMENTERIAN LUAR NEGARA SPRM SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PDRM POLIS DIRAJA MALAYSIA ATM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA MAMPU UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara 2012 © Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Free Counter
Designed and Developed by JNP Technologies Sdn Bhd